Kuching FA tunggu Forke Doe
PELEDAK sensasi, Forke Doe semakin hampir menyertai Kuching FA. Forkey yang dikenali pemain lincah dari Liberia adalah bekas pemain Pahang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong mengakui, Forke Doe berminat untuk pemilihan tetapi beliau perlu menguruskan masalah visa terlebih dahulu.
"Dia (Forke Doe) akan datang dalam masa terdekat tetapi pihak kami telah memaklumkan kepada beliau supaya datang sebelum 28 Disember," katanya.
Keputusan pemilihan akhir pemain Kuching FA adalah pada 28 Disember. Keputusan rasmi untuk skuad adalah 30 Disember.