Hospital Lawas RM175 juta siap 2023
LAWAS: Projek Pembinaan Hospital Lawas bernilai RM175 dijangja siap pada tahun 2023.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, hospital baharu tersebut menggantikan bangunan hospital lama yang berusia 50 tahun.
Katanya, kerja awal pembinaan Hospitalo Lawas bermula pada Februari 2020 serta siap tiga kemudian.
"Projek yang tergendala sejak 2015 ini mempunyai sejarah panjang melibatkan proses tender, bermula dari rundingan terus, tender terhad dan pelbagai kelewatan disebabkan oleh beberapa faktor. Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Hospital Lawas di Dataran Bandar Lawas, semalam.
Baru Bian yang juga Adun Bekalalan itu berkata, pembinaan tersebut merangkumi pelbagai kemudahan seperti mana hospital lain di negara ini.
”Hospital berkeluasan lebih 20,000 meter persegi ini mampu memuatkan 76 buah katil termasuk wad lelaki,wanita, kanak-kanak, ruangan pejabat pentadbiran, unit hemodialisis, bilik bersalin, bilik mayat, tabung darah, unit pantologi, bilik x-ray dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, dkia akan berusaha untuk memberi keutaaan bagi memastikan pembangunan infrastruktur moden dan selesa dapat dinikmati penduduk kawasan luar bandar.
Katanya, Selain projek jalan raya, projek Hospital Lawas juga merupakan salah satu daripada keutamaan saya sebagai Menteri Kerja Raya. - Sarawak Update