Kenduri seks kanak-kanak di ladang sawit
MIRI: Kanak-kanak berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol tiga remaja berusia 16 hingga 19 tahun di sebuah ladang di Sungai Teniku Jalan Miri Bintulu.
Sebelum kejadian kanak-kanak yang baharu menginjak usia remaja tersebut, dibawa keluar salah seorang teman 'geng motosikal' untuk keluar malam sebelum 'dikenduri' pada malam semalam (Khamis lalu).
Difahamkan mangsa malang tersebut diajak keluar temannya menunju ke sebuah rumah panjang bersama 'geng motosikal'.
Sebaik tiba di ladang sawit, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, malah gadis sunti tersebut dirogol bergilir-hilir.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah mengesahkan kejadian dalam satu kenyataan.
Kesemua suspek berjaya diberkas polis selepas kes dilaporkan keluarga magsa.
Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Baru-baru ini, pada 9 September lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai dirogol oleh teman WeChatnya aturut berlaku di Miri.
Kanak-kanak Tahun Enam itu didakwa menjadi mangsa seorang lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi berkenaan.
Mangsa pergi ke rumah suspek di Permyjaya selepas terpedaya dengan pujukan suspek dan perbuatan terkutuk itu dilaporkan berlaku pada waktu siang.
Selepas melakukan perbuatan itu, suspek menghantar mangsa pulang.