Polis simbah asid pegawai penyiasat rasuah ditangkap


JAKARTA: Dua pegawai polis Indonesia ditahan dalam kaitan dengan serangan asid ke atas seorang penyiasat kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) yang menyebabkan beliau separa buta, kata pihak berkuasa semalam.
Penyiasat berkenaan, Novel Baswedan, berkata beliau percaya, serangan itu yang dilakukan ketika dirinya berjalan pulang ke rumah dari masjid pada April 2017, dikaitkan dengan kes rasuah diuruskannya ketika itu.
Pada Januari lalu, polis membentuk pasukan pencarian fakta untuk menyiasat serangan, namun menemui jalan buntu.
Presiden Joko 'Jokowi' Widodo kemudian mengarahkan, ketua polis baharu yang dilantik pada November, menyelesaikan kes itu menjelang akhir tahun ini.
Dalam wawancara dengan Reuters bulan ini, Novel mempersoalkan komitmen kerajaan.
"Amat mudah menyelesaikan kes saya. Ia sama ada mereka mahukan ia selesai atau tidak," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis, Listyo Sigit Prabowo, memberitahu media, suspek yang ditahan kelmarin adalah 'anggota polis aktif.'
LihatTutupKomentar
Cancel