Filem Iban Bunga Ngerembai ditayang Mei 2020


KUCHING: Filem Bunga Ngerembai  (Bunga Mekar) sebuah filem Iban moden bakal ditayangkan di pawagam pada awal Mei tahun depan.
Bungai Ngerembai diarahkan oleh Datuk Robin Lai dan dibintangi oleh pelakon seperti Jessy Nana (sebagai Jawai), Sylvia William (sebagai Inspektor Sulan), Roselind Muntai (sebagai Lemba), Ruben Gomes (sebagai Tagok) dan lain-lain.
Filem sudah mencapai 40 peratus siap ini berdurasi 90 sehingga 120 minit ini mengisahkan kehidupan tiga beradik yang terpisah selepas kematian bapa.
Ibu mereka tidak dapat menyara yang akhirnya terpaksa menghantar mereka bertiga ke rumah anak yatim.
Salah seorang daripada tiga beradik tersebut menjadi seorang pegawai polis manakala dua lagi menjadi penjenayah.
 Pengarah Filem ‘Bunga Ngerembai’, Dato’ Robin Lai berkata, filem yang bakal menembusi pasaran China ini bertujuan untuk mengetengahkan keberadaan dan kemampuan Sarawak kepada dunia dan filem yang menggunakan dialog bahasa Iban sepenuhnya.
Kos penghasilan ‘Bunga Ngerembai’ dianggarkan berjumlah RM4 juta dan sebahagian besar watak dalam filem ini dimainkan oleh para pelakon berbangsa Iban.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata filem itu kini telah mencapai 40 peratus siap manakala pengambaran filem berkenaan dijalankan di sekitar Bandaraya Kuching.
“Kita semua mengetahui hakikat yang jelas iaitu kalau dibicarakan tentang industri perfileman etnik, ianya sesuatu yang jarang atau tidak wujud.
"Dalam konteks ini, adalah diharapkan selepas filem ‘Bunga Ngerembai’ ini nanti, lebih banyak lagi filem dari Sarawak terutamanya filem berasaskan sejarah, budaya dan kontemporari etnik di Sarawak akan diterbitkan," katanya.
Katanya, filem yang dijangka siap pada awal Mei tahun hadapan ini dihasratkan menjadi hadiah kepada rakyat Sarawak yang bakal menyambut Hari Gawai pada bulan Jun.
LihatTutupKomentar
Cancel