Bersatu belum kuat - Baru Bian
KUCHING: Belum ada petunjuk kuat Bersatu boleh menang di kawasan yang mereka untuk bertanding.
Demikian kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian pada sidang media filem aksi moden Iban 'Bungai Ngerembai' hari ini.
Beliau menambah, pihaknya akan mempertimbangkan permintaan Bersatu untuk menempatkan parti di kawasan mereka mahu bertanding.
“Belum ada petunjuk yang kuat di kawasan yang mereka katakan untuk bertanding.
"Kita akan melihat kemungkinan bagi sebarang permintaan daripada mereka, dan kita akan pertimbangkan.
"Yang penting sekali, sama ada mereka ada orang yang dapat menang di tempat (DUN) masing-masing," katanya.
Beliau mengakui Pakatgan Harapan menghadai masalah yang besar dalam pengagihan kerusi kerana bakal berlaku pertindihan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya mampu menyelesaikan masalah pertindihan tersebut.
“Ini bukan hanya terjadi kepada Parti Bersatu sahaja tetapi berlaku kepada gabungan yang ada kerana ia merupakan asas pemilihan calon,” katanya
Beliau menegaskan, PKR Sarawak sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRN-12 tidak lama lagi,
"Kita semua tahu bahawa ada berita yang menyebut bahawa ia (PRN-12) akan diadakan pada April, Ogos, September, malah pada 2021.
"Bagi PH, kita sudah menyediakan persiapan sejak tahun lepas," katanya.
[29/12 09:16] Drahman Baharum: gambar ini buang tuan. Dalam story ini.
Filem Iban Bunga Ngerembai ditayang Mei 2020
KUCHING: Filem Bunga Ngerembai (Bunga Mekar) sebuah filem Iban moden bakal ditayangkan di pawagam pada awal Mei tahun depan.
Bungai Ngerembai diarahkan oleh Datuk Robin Lai dan dibintangi oleh pelakon seperti Jessy Nana (sebagai Jawai), Sylvia William (sebagai Inspektor Sulan), Roselind Muntai (sebagai Lemba), Ruben Gomes (sebagai Tagok) dan lain-lain.
Filem sudah mencapai 40 peratus siap ini berdurasi 90 sehingga 120 minit ini mengisahkan kehidupan tiga beradik yang terpisah selepas kematian bapa.
Ibu mereka tidak dapat menyara yang akhirnya terpaksa menghantar mereka bertiga ke rumah anak yatim.
Salah seorang daripada tiga beradik tersebut menjadi seorang pegawai polis manakala dua lagi menjadi penjenayah.
Pengarah Filem ‘Bunga Ngerembai’, Dato’ Robin Lai berkata, filem yang bakal menembusi pasaran China ini bertujuan untuk mengetengahkan keberadaan dan kemampuan Sarawak kepada dunia dan filem yang menggunakan dialog bahasa Iban sepenuhnya.
Kos penghasilan ‘Bunga Ngerembai’ dianggarkan berjumlah RM4 juta dan sebahagian besar watak dalam filem ini dimainkan oleh para pelakon berbangsa Iban.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata filem itu kini telah mencapai 40 peratus siap manakala pengambaran filem berkenaan dijalankan di sekitar Bandaraya Kuching.
“Kita semua mengetahui hakikat yang jelas iaitu kalau dibicarakan tentang industri perfileman etnik, ianya sesuatu yang jarang atau tidak wujud.
"Dalam konteks ini, adalah diharapkan selepas filem ‘Bunga Ngerembai’ ini nanti, lebih banyak lagi filem dari Sarawak terutamanya filem berasaskan sejarah, budaya dan kontemporari etnik di Sarawak akan diterbitkan," katanya.
Katanya, filem yang dijangka siap pada awal Mei tahun hadapan ini dihasratkan menjadi hadiah kepada rakyat Sarawak yang bakal menyambut Hari Gawai pada bulan Jun.