Kerana mas kahwin RM20,000, sanggup ugut bunuh bapa
KUCHING: Kerana tidak memenuhi permintaan mas kahwin RM20,000, seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menggugut bunuh bapa.
Terrtuduh tidak berpuas hati apabila adiknya meminta mas kahwin dengan jumlah yang sedikit kepada bakal suaminya.
Kejadian pada jam 9 malam pada 5 November di Taman Sepakat Jaya, Jalan Demak, mengundang marah tertuduh menggesa minta mas kahwin RM20,000 namun tidak diendahkan sebelum menggugut untuk membunuh bapanya. Laporan polis dibuat kerana ugutan tersebut.
Seorang lelaki tersebut dikenakan denda RM6,000 ataupun enam bulan penjara semalam.
Majistret Zubaidah Sharkawi mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 31 tahun setelah mengaku menggugut ayahnya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.