Lebih 4,000 banjiri Krokong sertai Pemimpin Bersama Rakyat


BAU: Lebih 4,000 menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazar Krokong pada pagi ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan program tersebut.
Abang Johari turut merasmikan

pelancaran Program Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Buku ‘Blue Print’ yang pertama untuk Daerah Bau dan Penyerahan Geran Tanah Seksyen 18.

Bagi Pelancaran Buku ‘Blue Print’ iaitu Pelan Utama Daerah Bau meliputi perancang pembangunan di Bau selaras dengan impian Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, antara perancangan pembangunan tersebut yang terdapat pada blueprint tersebut adalah Kemudahan Asas dan Infrastruktur, Perumahan dan Hartanah, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Pertanian dan sebagainya.

Pada jam 8.30 pagi berlangsung tiga ceramah  bertajuk yang berkaitan dengan  Tanah Adat NCR, Kenapa Kita Pilih GPS dan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, seramai 600 warga Bau menerima surat hak milik tanah adat (NCR) sekysen 18 pada hari yang sama.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Adun Serembu Miro Simuh.
LihatTutupKomentar
Cancel