Tertembak sebelah muka
SIMUNJAN: Mangsa terbaring dalam keadaan nyawa ikan selepas tertembak diri sendiri di bilik tidur di sebuah kampung di sini
Kejadian berlaku ketika mangsa tertembak diri sendiri menggunakan senapang patah pada jam kira-kira 4 petang.
Akibatnya muka mangsa hancur sebelah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama kakaknya.
Difahamkan mangsa tiada menghadapi masalah kemurungan. Senpang patah milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.
Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Serian sebelum dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Merbin Lisa mengesahkan kejadian. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.