Lelaki bertatu LEKA 5 ditemui di Sungai Baleh
KAPIT: Mayat lelaki bertatu dengan ukiran ‘LEKA 5’ ditemui terapung di Sungai Baleh, Nanga Kemali di Kapit.
Lelaki tiada pengenalan diri tdersebut dipercayai berbangsa Iban mempunyai tatu bunga sebelah kiri dan kanan berusia dalam lingkungan 45 ke atas.
Difahamkan mangsa meninggal dunia lebih lima hari lalu.
Mayat terapung ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada 7.15 pagi Sabatu lalu.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian mengesahkan kejadian.
"Mayat tersebut tidak berbaju dan memakai seluar 'track' panjang warna hitam," katanya dalam satu kenyataan.