Lelaki ditemui mati di kebun sawit


SERIAN: Seorang lelaki ditemui mati di kebun sawit Kampung Abit, berhampiran sebuah rumah kebun.  Mayat dijumpa pada jam 3.00 petang semalam. Mangsa ditemui  penduduk tempatan terbaring berlumuran darah.

Hasil siasatan awal dipercayai  lelaki tersebut merupakan warganegara Indonesia berdasarkan beg galas yang dijumpai kira-kira 34 kaki dari kedudukan mayat tersebut. Mayat telah dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat. Kes disiasat dibawah sek 302 kanun keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.
LihatTutupKomentar
Cancel