Ahli PKR berperang: terajang, tendang dan pijak


MELAKA: Baru hari pertama, namun Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudahpun kecoh dek kerana pertengkaran malah pergaduhan fizikal melibatkan sayap pemuda dan pemerhati. Lebih mengejutkan, beberapa lelaki dikatakan cedera hingga berdarah akibat pergaduhan yang berlaku di luar Dewan Kongres AMK di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Awal pagi tadi juga berlaku kekecohan apabila beberapa perwakilan yang dilarang masuk ke dewan berang dan cuba merempuh masuk biarpun dihalang petugas keselamatan. Insiden tersebut pantas menjadi buah mulut rakyat yang sememangnya sudah sedia maklum wujudnya bibit-bibit ‘persengketaan’ dalam AMK seperti dilaporkan media kebelakangan ini.


Sementara itu,  Sinar Harian melaporlan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab. “Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas,” katanya. Diharapkan semua ahli parti yang sedang berkongres, berkonvensyen dan bersidang mampu mengawal emosi, mengawal amarah bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Perlulah diingat, anda membawa nama parti dan sekiranya ada insiden negatif berlaku, orang menghentam parti anda terlebih dahulu, barulah anda.
LihatTutupKomentar
Cancel