Giliran Bintulu dilanda banjir


BINTULU:  Demam banjir sudah menular di Sarawak. Hujan lebat tanpa henti, bermula pagi menyebabkan beberapa kampung dilanda banjir dan jalan raya turut ditenggelami air pada Jumaat. 

Antara yang terjejas ialah Jalan Tun Datuk Patinggi Haji ahmad Zaidi dan Pusat Komersial Medan Jaya di Jalan Tun Hussein Onn. Manakala tiga buah kampung yang terjejas ialah Kampung Asyakirin, Kampung Kemunting and Sungai Sebatang. 

Sistem peparitan yang tidak teratur menyebabkan banjir berlaku. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, keadaan di lokasi masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat petang ini.
LihatTutupKomentar
Cancel