Banjir belum surut di Lawas 3 bayi, 5 warga emas
LAWAS: Tiga bayi dan 5 warga emas antara 93 mangsa yang masih berada di penemptan banjir di Lawas.
Mangsa terdiri daripada Kampung Seberang Kedai, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapis, Kampung Masjid Trusan, Kampung Luagan Kelilang, Kampung Tengah Trusan, Kampung Lintang dan Kampung Berjumpa Sundar.
Mangsa banjir di pindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Masyarakat Trusan masih belum lagi dibenarkan pulang ke kawasan masing-masing. Mereka terdiri daripada 14 dewasa lelaki, 16 dewasa perempuan, 31 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, 3 bayi dan 5 warga emas. Setakat jam 8.00 pagi ini, mangsa belum dibenarkan pulang ke rumah.