Lapan bahagian dijangka hujan lebat
KUCHING: Lapan bahagian di Sarawak dijangka hujan berterusan dan lebat. Sehubungan itu, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.
Antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam maklumat menjangkakan hujan berlarutan hingga esok (7 Disember 2019).