Dedah Petua Berlari Usia 103 Tahun



KUCHING: Ketika usia emas terlantar di katil atau menimang cucu. Bagi Man Kaur berusia, 103, masih lagi segar bugar mampu berlari seperti insan berusia 30 tahun. Atlet tertua dalam Kejohanan Olahraga Master Asia ke-21 (AMAC) 2019 di Stadium Sarawak, Petra Jaya mengakui masih cergas seperti manusia berusia 25 tahun.

AMAC yang sedang berlangsung menyaksikan seramai 2033 keseluruhan atlet daripada 29 buah negara bertandang di Stadium Sarawak untuk beraksi di kejohanan dwitahunan itu. Man Kaur mengakui rahsia sihat kerana  tidak mengambil makanan segera dan berpantang dalam permakanan. Dia mewakili negara India imengambil bahagian untuk acara 100 Meter(M), 200M, lontar peluru dan rejam lembing. Man Kaur mewakili negara India itu l mengambil bahagian untuk acara 100 Meter(M), 200M, lontar peluru dan rejam lembing.

Daripada 29 buah negara, sebanyak 8 buah negara dari luar Asia akan terlibat antaranya ialah United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Rusia, Turki, Fiji dan Jerman. Negara India dan Sri Lanka menghantar atlet paling ramai dimana sebanyak lebih daripada 700 atlet.
Sebanyak 25 acara balapan dan padang akan dipertandingkan di kejohanan ini.
LihatTutupKomentar
Cancel