LIGA PREMIRE

Kuching FA masih tunggu import
KUCHING FA masih menunggu tiga lagi pemain imoport asing untuk memenuhi kuota empat import.

Kini, bekas juara Liga Bolaepak Rakyat tersebut mempunyai seorang import asing, Yuta Suzuki dari Jepun.

Penyerang sensasi, Forke Doe dijangka datang sebelum 28 Disember untuk menyertai sesi latihan.

Penyerang dari Liberia tersebut sebelum ini berminat untuk pemilihan tetapi beliau perlu menguruskan masalah Visa terlebih dahulu.
"Mungkin Forke Doe akan datang dalam masa terdekat.

"Ini kerana, keputusan pemilihan akhir pemain Kuching FA adalah pada 28 Disember dan keputusan rasmi untuk skuad adalah 30 Disember," ujar Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong.

Beliau berkata, pihaknya juga menunggu kehadiran pemain import dari Jepun di bawah Yakult.

"Sekurang-kurangnya ada seorang pemain import dari luar negara dan seorang pemain import tempatan tetapi saya yakin mereka akan datang dalam empat hingga lima orang," katanya.

Kuching FA dijangka membuat siru jelajah perlawanan persahabatan melibatkan di tiga atau empat buah kelab bola sepak di Semenanjung Malaysia.
LihatTutupKomentar
Cancel