PSB cabar lawan di Bawang Asan

SIBU: Umpama cari lawan. Parti Sarawak Bersatu (PSB) seakan-akan mencabar Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di kubu kuat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan pada PRN-12 akan datang.

Ia ditujukan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) termasuk komponen Pakatan Harapan (PH).

Menurut Andrew, kenyataan yang meminta Adun Bawang Assan (Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh) mengundur diri dan memberi laluan tidak dapat diterima akal.

Katanya, pihaknya percaya Soon Koh merupakan pilihan terbaik penduduk di Bawang Assan, yang telah melakukan terbaik untuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk semua kawasan dalam Dun Bawang Assan.

Jelasnya, PSB tidak mempunyai hubungan atau bergabung dengan GPS atau parti politik yang lain serta bebas bertanding di mana-mana kerusi.

”Persoalan, jika PBB bertanding di Bawang Assan, bukankah ini bermakna PBB mengambil kerusi milik komponen parti yang lain. Dimanakah pendirian SUPP dalam hal ini.

“Kami mengalu-alukan lebih ramai bertanding lebih meriah dan biar yang terbaik menang," katanya pada sidang media di Pejabat PSB Bawang Assan.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi merangkap Dun Nangka, Dr Annuar Rapaee dalam akhbar pada 22 Disember lepas.

Pada Malam Solidariti PBB N.53 Bawang Assan di sebuah hotel baru-baru ini, Dr Annuar yang juga Naib Presiden PBB dipetik berkata sudah tiba masanya DUN Bawang Assan diwakili oleh calon parti di kalangan masyarakat Iban khususnya anak tempatan.

Sementara Romeo dalam ucapannya memberitahu kerusi Dun Bawang Assan wajar diberikan kepada PBB kerana bilangan pengundi Bumiputera khususnya Iban lebih ramai iaitu 9,741 orang berbanding pengundi Cina seramai 9,400 orang.
LihatTutupKomentar
Cancel