Mansuhkan permit import untuk kurangkan harga gula

Sim Khiang Chiok
KUCHING: Pengerusi SUPP Stakan, Sim Khiang Chiok mempersoalkan dasar permit import gula yang tidak adil sehingga boleh menjuruskan kenaikan harga gula yang tidak sepatutnya.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan senarai penuh 11 pemegang permit import gula di Sarawak.

Antaranya Sunshine Food Manufacture Co. Sdn Bhd, Dahfa Foods Manufacturng Sdn Bhd, Sundrop Fruit Juices Sdn Bhd, KNG LAK (E.M.) Sdn Bhd, Alwi Food & BeveragesIndusties Sdn Bhd, Ta Yung Food Industries Sdn Bhd, Stampin Confectionnary Sdn Bhd, Foodtake Industries Sdn Bhd, Kit Hin Company Sdn Bhd, F & N Sarawak dan Teck Lee Seng Coffee Product.

Khiang Chiok dalam kenyataan menegaskan, permit import gula harus dimansuhkan supaya rakyat menikmati harga gula yang rendah.

Beliau mahu, dasar yang diperjuangkan Kerajaan Pakatan Haraoan untuk membantu rakyat tidak diamalkan jika kos sara hidup rakyat meningkat.
LihatTutupKomentar
Cancel