Tiga kpg banjir di Lundu, mangsa dipindahkan
LUNDU: Banjir semakin meruncing di Daerah Lundu apabila jumlah mangsa semakin meningkat.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kampung Sebat Melayu dan Kampung Sebat Baru dan Sebat Dayak di Lundu.
Laporan terkini, seramai 51 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, seramai sembilan mangsa daripada dua buah keluarga daripada Kampung Sebat Dayak dipindahkan.
PPS SK Sebat setakat tengah hari, merekodkan seramai 42 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Sebat Melayu dan Kampung Sebat Baru di Lundu.
Sementara PPS Balai Raya Kampung Sebat Dayak menempatkan seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Sebat Dayak di Lundu dan kawasan berhampiran.