Mat Yo bukan dalam radar Kuching FA
HANYA spekulasi. Penyerang Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo bukan dalam radar senarau Kuching FA.
Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong baru-baru ini berkata, pihaknya juga pernah berjumpa pihak pengurusan TMJ untuk merisik pemain mereka.
"Secara kebetulan kita tererempak Mat Yo, ketika berjumpa pihak pengurusan TMJ. Kita juga mengambil gambar bersama Mat Yo.
"Apabila gambar tersebut tersebar pelbagai spekulasi dikeluarkan bahawa Mat Yo dirisik oleh pasukan kami tetapi sebenarnya kami tidak merisik beliau," jelasnya lagi.
Sebelum ini, spekulasi pe-nyerang Harimau Malaya yang juga bekas bintang utama Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang, atau lebih dikenali Mat Yo menyertai Kuching FA.
Bagi mengukuhkan lagi spekulasi tersebut ialah pasukan Pahang tidak lagi menyambung kontrak Mat Yo bersama-sama beberapa lagi pemain lain.
Seorang lagi bekas pemain Pahang yang juga pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dikaitkan dengan Kuching FA namun dia kini disambar pasukan Sabah.
Kuching FA dinaikkan ke Liga Premier 2020 setelah mengalahkan pasukan Sarawak 3-1 dalam perlawanan play-off November lalu.