Sorok mercun 3.1 tan dalam rumah

KUCHING: Sindiket menggunakan rumah sebagai gudang menyimpan stok mercun diserbu petang semalam.

Dalam serbuan tersebut sebanyak 3.154 tan mercun dirampas disebuah rumah di Jalan Batu Kawa.

Seorang individu suspek ditahan semasa serbuan dilakukan sepasukan 
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Sindiket tersebut licik cuba menyembunyikan kegiatan tersebut dengan menutgupmercun dengan kanvas bagi mengelak dikesan.

Rumah berkenaan sebagai transit sebelum mercun diedarkan kepada pembeli  pembeli-pembeli di kawasan Kuching.

Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, nilai rampasan mercun terbabit ialah RM70,500 manakala anggaran duti kastam yang terlibat adalah sebanyak RM45,825.

”Stor mercun apabila disyaki tidak lulus Kastam, kami mmenemui99 karton mercun disimpan di dalam perimeter rumah yang ditutup dengan kanvas,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika didapati bersalah, individu akan didenda tidak kurang 10 kali ganda jumlah duti kastam atau RM50,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai duti Kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, ataupun penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
LihatTutupKomentar
Cancel