Maut motosikal masuk longkan



MIRI: Mayat seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui tertiarap dalam longkang di Tukau Tengah, Jalan Bakam pagi tadi, dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri motosikal.

Mangsa dikenali sebagai Rashid Dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan kakitangan perubatan dari Hospital Miri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata pihak bomba menerima maklumat mengenai penemuan mangsa terbabit kira-kira jam 8.18 pagi.



Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah mengangkat mangsa yang berada di dalam longkang untuk dibawa naik ke atas.

"Pihak ambulans mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya sambil menambah mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tamat//

Mayat penunggang motosikal dijumpai tertiarap dalam longkang di Jalan Bakam pagi tadi.
LihatTutupKomentar
Cancel