OKU dijel 10 bulan curi tikar rotan



MIRI: Kerana mencuri segulung tikar rotan, lelaki  kelainan upaya (OKU) meringkuk 10 bulan penjara.

Ling Ten Sung, 44,  didakwa mencuri tikar rotan milik seorang wanita yang diletakkan di dalam kenderaannya di parkir kereta Pusat Komersial Pelita sekitar jam 12.30 tengah hari padca 10 Disember lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Steve Ritikos.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
LihatTutupKomentar
Cancel