Pak cik terlibat kes bunuh ditemui di Balai Ringin
SERIAN: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suspek kes bunuh yang dikenal pasti sebagai pak cik ditahan di pasar Balai Riingin pagi tadi.
'Pak cik' yang berasal dari Kepulauan Lombok, Indonesia berjaya diberkas selepas tiga hari diburu polis.
Suspek disyaki terlibat kes bunuh rakan sejkerja di kebun sawit pada Jumaat lalu.
Penangkapan suspek, turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit ksalah, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.