Biawak sembunyi bawah enjin kereta
MIRI: Ketika asyik mencuci kereta bersama anak, seorang penduduk terkejut seekor biawak bersembunyi di bawah kereta di Taman Bumiko.
Atas faktor keselamatan, pengadu berusia 28 tahun menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah dan meminta bantuan untuk menangkap biawak tersebut.
Sebaik tiba, APM Miri bertindak menangkap biawak yang berada di dalam enjin kereta menggunakan peralatan khas.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar 10.30 pagi.