Tauke cabut lari , rokok seludup RM1.45 Juta dirampas
KUCHING : Cubaan menyeludup sejumlah 7,650 karton rokok dengan menyembunyikan dalam sebuah gudang kosong tumpas semalam
Rokok yang dirampas bernilai R1.45 juta menerusi operasi 'Op Libas' yang dilakukan VBatalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.
Serbuan dilakukan pada jam 2 petang itu atas risikan dan maklumat yang diperolehi yang mana pihaknya berjaya menemui barangan tersebut belum lulus KASTAM.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, DSP Kinsi Bilu berkata, pemilik atau penjaga premis tersebut berjaya melarikan diri selepas mengesyaki kehadiran pihak berkuasa.
Katanya, barangan tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran dan kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.
”Statistik nilai keseluruhan rampasan bagi tahun 2017 hingga 2019 meliputi pelbagai jenis kesalahan ialah berjumlah RM 14,250,086.50 (atau lebih RM 14.3 Juta) melibatkan 147 kes,” katanya pada sidang media hari ini.