Panas semula nasi sebabkan keracunan makanan?
TAHUKAH anda nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan. Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.
Nasi yang ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yg telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup. - Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia