Pengunjung terperangkap di Bau
BAU: Pengunjung Libiki Bamboo Resort terperangkap awal pagi tadi apabila jalan utama dilanda banjir. Kenaikan paras air mengakibatkan pengunjung tidak dapat keluar dari kawasan tersebut.
Bagaimanapun, dalam tempoh lebih sejam keadaan air telah beransur surut dan terkawal serta pengunjung selamat.
Dua kawasan di sini, Kampung Bijuray Mongag Krokong dan Libiki Bamboo Resort Kampung Bijuray Mongag Krokong dilanda banjir ekoran hujan lebat melanda daerah Bau semalam.
Antara punca kawasan dinaiki air ialah air laluan sungai dan sistem perparitan yang tidak teratur menyukarkan ia keluar.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan, setakat ini tiada pemindahan mangsa dilakukaa di kawasan dilanda banjir.
Di DAERAH LIMBANG, kejadian hujan lebat secara berkala dalam tempoh beberapa jam terutamanya pada sebelah petang semalam telah menyebabkan kawasan SK RC Kubong, Limbang mula dinaiki air disebabkan limpahan air dari sungai berdekatan.
Paras air setinggi 0.4 meter telah membanjiri kawasan sekolah tersebut. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak telah mengeluarkan status trend menaik pada jam 7 pagi tadi dengan AMARAN bagi stesen Ukong, Limbang , iaitu setinggi 5.93 meter.
Penduduk di sekitar kawasan ini dikehendaki sentiasa berjaga-jaga.
Di LAWAS, hujan bermula pada jam 3 petang semalam hingga jam 8 malam menyebabkan kawasan Kampung Siang-siang yang mana limpahan air sungai telah melimpahi ke arah jalan raya serta perkarangan rumah penduduk. Walau bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal. Paras air setinggi 0.4 meter di atas jalan.
Hasil tinjauan pasukan emantau APM Lawas mendapati air sungai trusan dalam keadaan terkawal. Pihak APM juga telah menasihati penduduk setempat agar lebih berwaspada berkaitan kenaikan air dan menyarankan agar menghubungi pihak berkuasa sekiranya air semakin naik. Pemantauan berkala masih dilakukan.
PEMANTAUAN CUACA DI SETIAP BAHAGIAN DI LOKASI HARI INI
1. KUCHING : Tiada Hujan
2. SAMARAHAN : Tiada Hujan
3. SERIAN : Tiada Hujan
4. SRI AMAN : Tiada Hujan
5. BETONG : Tiada Hujan
6. SARIKEI : Tiada Hujan
7. SIBU : Tiada Hujan
8. KAPIT : Tiada Hujan
9. MUKAH : Hujan
10. BINTULU : Hujan
11. MIRI : Tiada Hujan
12. LIMBANG : Tiada Hujan