Penjara 10 tahun, merompak di kawasan Masja




KUCHING : Padah merompak meggunakan pisau. Seorang lelaki mengaku merompak berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah pisau dikenakan 10 tahun penjara dan dua sebatan rotan. Manakala rakannya, seorang remaja berusia 17 tahun dari Kampoung Bintawa Hilir pula dikenakan hukuman rehabilitasi di Sekolah Henry Gurney.

Nor Shadan Jamati, 21, dikenakan hukuman berkenaan setelah mengaku bersalah mengikut Seksyen 395 dibaca dengan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh mengaku merompak Mohamad Rafiq Ali dengan bersenjatakan sebilah pisau dan melarikan sebuah telefon bimbit jenama Vivo S1 dan RM420 tunai.

Mereka melakukan kesalahan berkenaan bersama pada jam 3 pagi di kawasan Masja berdekatan Jalan Dattuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub pada 16 November lalu.

Kronologi kes, pengadu bersama rakannya dikenali sebagai Aiman sedang melepak di kawasan kolam di Masja bila mereka didatangi dua orang lelaki yang tidak dikenali dimana kedua-dua saspek meminta barang peribadi mangsa iaitu sebuah beg bimbit.

Mangsa enggan menyerahkan barangan berkenaan dipaksa setelah saspek mengeluarkan sebilah pisau dan terus menyerang mangsa.

Mangsa mengalami luka dan terus menyerahkan sebuah terlefon bimbit bersama dengan wang tunai RM420 kepada saspek.

Setelah mendapatkan barangan berkenaan, kedua-dua saspek pun melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal.
LihatTutupKomentar
Cancel