Projek Hospital Lawas bukan projek sakit'



KUCHING: Akhirnya Projek Hospital Lawas yang sememangnya dirancang kerajaan terdahulu untuk dilaksanakan selepas PRU-14 diteruskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun tindakan menggambarkan ia sebagai projek sakit dan tergendala adalah tidak betul sama sekali.
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato’ Sri Haji Fadillah Hj Yusof berkata, seperti ditegaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pada 13 Mac lalu, ia tidak boleh dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ kerana proses tendernya, terutama bagi memilih kontraktor berkelayakan, belum pun dilakukan.
Tambah Fadillah, malah menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, projek ini belum dapat dilaksanakan kerana tiada pihak pelaksana, justeru bagaimana ia boleh dikategorikan sebagai ‘projek sakit’?I
a sepatutnya berada dalam peringkat tender sebelum PRU-14 tahun lalu, namun statusnya tidak diketahui selepas Pakatan Harapan (PH) mengambilalih Kerajaan Pusat sehinggalah kerajaan PH mengumum akan meneruskan pembinaannya dan pelancaran projek pembinaannya oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dilakukan semalam, Sabtu, 21 Disember 2019.
"Kita berterimakasih kerana projek itu diteruskan namun berharap ia dilaksana dan disiapkan seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Beliau menambah, pada masa sama harapan lebih besar rakyat Sarawak ialah supaya kesemua janji yang dibuat oleh PH Sarawak dalam Manifesto PRU-14 juga perlu ditunaikan segera terutama janji memberikan royalti minyak 20 peratus dan 50 peratus pendapatan cukai dikembalikan kepada Sarawak.
Mengenai tumpuan kepada sekolah daif, ia sebenarnya dimulakan kerajaan terdahulu, malah peruntukan jauh lebih besar diperuntukkan kerajaan terdahulu bagi tujuan itu berbanding bajet diperuntukkan dibawah Kerajaan PH.
Sejumlah RM1 bilion diberikan kerajaan terdahulu untuk sekolah daif di Sarawak sahaja, berbanding peruntukan RM783 juta utk sekolah daif di seluruh negara diumum Kerajaan PH.
Malah demi mempercepatkan pelaksanaan projek membina dan membaikpulih sekolah daif di Sarawak, Kerajaan Negeri sanggup membayar pendahuluan RM350 juta seperti diminta Kerajaan Persekutuan sebagai kontra bayaran pinjaman RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
Pada awalnya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg telah menawarkan pinjaman RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan berkenaan supaya usaha membina dan membaikpulih sekolah daif dapat disegerakan, sebelum Kerajaan Persekutuan meminta RM1 bilion itu sebagai bayaran pinjaman secara kontra.
Justeru adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek membina dan membaikpulih sekolah daif di seluruh Sarawak, kata Fadillah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya
LihatTutupKomentar
Cancel