Lydia juara nyanyianKumpulan Perey juara ‘Standup Comedy’
KUCHING: Pentas akhir Bakat Kamek 2019 telah berlangsung dengan jayanya dan juara untuk kedua – dua kategori telah diumumkan.
Bagi kategori nyanyian, uara telah disandang oleh peserta wanita iaitu Lydia Shafrina Suhaili (24) dengan membawa pulang wang berjumlah RM3,000 berserta trofi Bakat Kamek 2019, tajaan biasiswa daripada Kolej SIDMA dan UNIRAZAK, dan penginapan di Hotel Merdeka Palace Kuching.
Manakala tempat kedua dan ketiga bagi kategori nyanyian pula jatuh kepada Mohd Fizal Setu (33) dan Nurul Ain Abdullah Bolhassan @ Kajol (18).
Masing – masing menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 2, 000 dan RM 1, 000 beserta trofi Bakat Kamek, tajaan biasiswa daripada Kolej SIDMA dan UNIRAZAK dan penginapan di Hotel Merdeka Palace Kuching.
Bagi kategori ‘Standup Comedy’ pula, Kumpulan Perey telah dinobatkan sebagai juara, tempat kedua jatuh kepada Pakwe Rangers dan ketiga ialah Nyo2.
Pertandingan semalam telah diadili oleh penyanyi terkemuka tanah air Hazami, Dewi Seriestha dan Cikgu Zakaria Hassan.
Konsert ini juga menerima kehadiran tetamu kehormat iaitu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg bagi menyaksikan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.