Kereta tenggelam, Kuching - Sri Aman terputus hubungan
SRI AMAN: Sebuah kereta tenggelam terpaksa dialihkan pengguna jalan raya. Ia ekoran Keadaan jalan di Pan Borneo Sg. Tenggang, Kuching-Sri Aman terputus hubungan pagi ini akibat jalan tersebut dinaiki air.
Difahamkan air banjir yang melimpah sepanjang dua kilometer membabitkan jalan tersebut.
Pengguna dari bandar raya Kuching menuju ke Sri Aman dinasihatkan supaya menggunakan jalan pesisir melalui Pusa, Teriso, Sebuyau.
Beribu-ribu kenderaan dijangka menuju ke Sri Aman, Sarikei, Sibu hingga ke Miri untuk meraikan Krismas atau bercuti sempena musim persekolahan atau tahun baharu 2020.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata kejadian dipercayai berpunca dari pembetung yang tersumbat menyebabkan air Sungai Tenggang melimpah keluar.