Tanah runtuh laluan ulang alik Jalan Matang Wildlife
KUCHING: Pengguna jalan raya dinasihatkan berhat-hati berlakunya tanah runtuh kemungkinan di beberapa kawasan ekoran hujan tanpa henti sejak awal pagi tadi.
Terkini, kejadian tanah runtuh pergerakan tanah dari bukit telah menghalang laluan ulang alik Jalan Matang Wildlife, kenderaan dari kedua dua hala tidak dapat dilalui.
Pihak Bomba dan agensi CMS serta Sesco turut hadir di lokasi.
Penilaian oleh Petra Jaya 01 terdapat berlaku serta masih ada pergerakan tanah di lokasi.
02 unit tiang ‘over head cable’ di hampir lokasi terjejas.
Setakat ini kejadian tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa atau pengguna jalan orang awam. Terdapat juga rumah kediaman yang berdekatan lokasi dengan anggaran jarak 80 meter dengan lokasi kejadian.