Warga emas lesap ketika menangkap ikan di Lachau

SRI AMAN (LACHAU): Seorang warga emas dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di Sungai Tatai, Lachau semenjak Khamis lalu. 
Reggie Jumbu, 56 tahun, dari Rumah Pilang, Empili, Pantu tidak pulang ke rumah selepas menangkap ikan pada Khamis lalu.
Adik mangsa melaporkan kepada polis pada jam 3.21 Jumaat selepas mendapati abangnya tidak pulang ke rumah.  
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tiga Sri Aman PgB Nik Muhammad Afiq Nik Roslan berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menrima laporan kehilangan mangsa.
Menurutnya, setelah laporan diterima operasi SAR telah dilancarkan melibatkan dua sektor iaitu di Sungai Tatai termasuk kawasan darat untuk mencari mangsa hilang. 
"Operasi diteruskan pada hari kedua (semalam) dan setakat jam 3.00 petang pihak kami masih belum menemui mangsa," jelasnya. 
Antara agensi yang terlibat dalam operasi SAR di kawasan Sungai Tatai tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bomba Sukarela Lachau dan penduduk kampung.
LihatTutupKomentar
Cancel