Sah, bot nelayan Vietnam tenggelam


MIRI: Bot nelayan Vietnam disahkan tenggelam di perairan Tanjong Payung disini pada 6 Disember lalu.

MRCC Putrajaya telah menerima maklumat daripada MRCC Vietnam memaklumkan bahawa Bot Vietnam bot tersebut telah karam.

Ke semua krew bot telah diselamatkan oleh Tentera Laut Vietnam. Memandangkan maklumat yang diterima mengesahkan kesemua krew bot vietnam tersebut telah diselamatkan, operasi mencari ditamatkan serta merta.

Manakala, Kapal KM Stapa akan terus berada di posisi bot Vietnam untuk usaha menenggelamkan bot tersebut supaya tidak mendatangkan bahaya kepada vesel-vesel lain.

Semalam, operasi SAR diaktifkan menerusi Kapal KM Stapa  yang diarahkan ke lokasi kejadian bagi membuat pencarian bot tersebut.

Permohonan "Broadcasting NAVTEX" telah dihantar ke Jabatan Laut untuk makluman mengenai lokasi bot nelayan terbalik. Ketika dijumpai, bot tersebut 80  peratus telah tenggelam.
LihatTutupKomentar
Cancel