Buruh bersykur terlepas sumbang mahram



KUCHING:  Seorang buruh  bersyukur selepas terlepas terlepas dari tuduhan
melakukan sumbang mahram tehadap anak kandungnya berusia 13 tahun semalam.
Tertuduh yang membela diri tanpa bantuan peguam  telah dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah Seksyen semalam.

Hakim Mahkamah Seksyen Marutin Pagan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima-facie terhadap tertuduh berusia 40an yang menghadapi kes mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 13 tahun ketika dia bersama mangsa sahaja berada di rumah mereka di tingkat 1 premis sebuah kedai di Jalan Matang pada Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengambil kesempatan melampiaskan nafsunya terhadap anak kandungnya berikutan ibunya yang tinggal berasingan dan dalam proses perceraian dengan tertuduh.
Dalam perbicaraan kes berkenaan, pihak pendakwaan telah memanggil lapan orang saksi termasuk pegawai penyiasatan, pegawai perubatan dan keluarga mangsa.
Kes berkenaan dikendalikan oleh timbalan pendakwaraya Nadratun Naim Mohd Saidi.
LihatTutupKomentar
Cancel