Jom ke Siburan bayar saman 50 peratus diskaun



SERIAN: Orang ramai boleh mendapatkan diskaun bayaran saman trafik sehingga 50 peratus di Dewan Komuniti Siburan pada Rabu ini (18 Disember) Diskaun sempena pelancaran Ops Selamat Krismas 2019.

Potongan diskaun sehingga 50 peratus itu diberikan kepada semua jenis saman kecuali enam daripadanya telah ditetapkan.

Kaunter pembayaran daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bertempat di lokasi berkenaan bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

"Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal di mana-mana kaunter Polis Trafik mengenai butiran saman serta jenis saman yang mendapat diskaun.

"Beberapa jenis saman berkecuali untuk tawaran diskaun termasuk kemalangan, saman berstatus tidak berkompaun, waran tahun semasa, perbicaraan, saman dalam tempoh Ops Selamat dan kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan berat," menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Turut hadir untuk menyempurnakan pelancaran Ops Selamat Krismas 2019, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din pada pukul 9 pagi.
LihatTutupKomentar
Cancel