Sarawak pertimbang cuti tambahan Krismas



BAU: Kerajaan Sarawak mempertimbangkan cuti tambahan sehari bagi perayaan Hari Krismas.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan tersebut harus mengikut undang-undang yang tertakluk.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazaar Krokong hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan cuba untuk berunding jika ia tidak ada dalam peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berharap Kerajaan Sarawak mempertimbangkan cuti tambahan sehari bagi perayaan Hari Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada pihak kerajaan (Sarawak) untuk memutuskan cuti tambahan tersebut.

“Sebagai komuniti Kristian, kami mempunyai harapan tinggi kerajaan mempertimbangkan (cuti tambahan).

"Jika Sabah berpeluang untuk menikmati, kita juga mengharapkan perkara yang sama," katanya.
 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan cuti umum selama dua hari bertarikh 24 dan 25 Disember pada Rabu lalu.

Ini bermakna Sabah mengumumkan cuti tambahan sehari yang jatuh pada pada 24 Disember untuk perayaan Hari Krismas tahun ini.

Sabah sebagai negeri pertama yang melaksanakan cuti umum selama dua hari bertarikh 24 dan 25 Disember.

Henry berkata, keputusan pertimbangan cuti tambahan perlu dibincangkan dalam peringkat kabinet terlebih dahulu.
LihatTutupKomentar
Cancel