Saham Cahya Mata Sarawak melonjak



KUCHING: Saham Cahya Mata Sarawak Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi ini selepas anak syarikat 51 peratus miliknya, PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, memperoleh kontrak penyenggaraan jalan raya selama 10 tahun daripada kerajaan negeri Sarawak.

Pada 11.37 pagi semalam, saham Cahya Mata Sarawak menambah tiga sen kepada RM2.45 dengan 538,400 saham bertukar tangan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Cahya Mata Sarawak berkata kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja menyenggara jalan raya di Kuching, Serian, Samarahan, Kapit, Sibu dan Sarikei, berkuat kuasa 1 Jan, 2020.

“Jumlah kepanjangan jalan berdasarkan kontrak adalah 3,300.65 kilometer, dan kontrak itu bernilai RM99.22 juta setahun,” menurutnya.
LihatTutupKomentar
Cancel