Sembilan kawasan terjejas banjir terima bantuan




MIRI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri kini dalam proses menghantar bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Beluru sekitar jam 6 petang semalam.

Sebanyak 497 pek makanan di agihkan kepada mangsa banjir berkenaan. Kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat iaitu Rumah Abok, Kampung Mulong, Rumah Takang, Kampung Empelam, Klinik Ulu Teru, Rumah Mathew Sigat, Lubok Kelambu, Rumah Dullah, Kampung Matek, Rumah Henry Gomes, Kampung Mission, Rumah Kalong, Kampung Tanjung Rian, SK Pengarah Enteri dan Rumah Engkang Sirai.

Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, seramai 15 anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Daerah Beluru membantu JKM menghantar bekalan makanan tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel