Sekolah, rumah panjang terjejas banjir
SIBU: Rumah panjang dan sekolah di Daerah Selangau terjejas akibat banjir semalaman.
APM melakukan tinjauan ke kawasan berisiko dinaiki air selepas hujan lebat.
Lokasi pertama Rh. Jampi terjejas di kawasan rumah panjang namun belum menjejaskan sturktur rumah. Lokasi kedua Sk. Iban Union. Hanya dinaiki air di kawasan padang sekolah yang berhampiran dengan kuarters Guru dan Asrama Murid namun kelas tersebut tidak terjejas kerana berada diatas bukit.
Sekretariat JPBN Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, tinjauan ke sekolah tersebut mengambil masa 30 minit dari tempat letak kereta menggunakan perjalanan kaki disebabkan jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan berikut jalan utama dinaiki air.
Menurutnya, sekolah tersebut tidak beroperasi berikutan adalah pada cuti hujung tahun.
"Sekolah Dan Rumah Panjang serta Penduduk di kawasan Sungai Arip tidak terjejas setakat ini dan keadaan di lokasi masih dalam keadaan terkawal," katanya dalam kenyataan,