Ato Singkawang diburu bantu kes tikam leher
KOTA SAMARAHAN: Polis Samarahan buru Ato berasal Singkawang, Kalimantan Barat Indonesia bagi membantu siasatan kes bunuh.
Suspek masih bebas selepas kejadian kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 20 tahun di sebuah bilik sewa Bandar Riyal, Jumaat lalu.
Polis kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek yang dipercayai masih bersembunyi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata, pihaknya telah menahan rakan suspek, salah seorang penghuni bilik terbabit bagi membantu siasatan lanjutan dilakukan.
"Salah seorang penghuni bilik (rakan) telah diperintah reman selama 14 hari ekoran lewat melaporkan kejadian kepada pihak polis," katanya pada sidang media hari ini.
Suspek merupakan salah seorang pekerja sebuah kedai makan.
Ato turut menetap di bilik mayat ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman di bahagian leher dan badan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Polis Samarahan di talian 082-662300.