Sayang Sarawakku, kekalkan perpaduan

KUCHING: Rakyat harus bersama-sama melindungi dan mengekalkan perpaduan serta budaya di Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, program baharu iaitu ‘Sayang Sarawakku’ yang mengajak rakyat untuk sama-sama membangunkan negeri ini.

“Kita sayang kepada negeri kita, kita mesti pertahankan negeri kita, pertahankan budaya kita dan bergerak ke hadapan untuk membangunkan negeri kita.

"Ini adalah harapan kita untuk terus berusaha memantapkan ekonomi negeri kita dan mencapai landasan yang betul iaitu menjadi negeri maju di Malaysia menjelang tahun 2030. 

"Saya dan rakan-rakan menteri akan berusaha untuk membangunkan Sarawak tidak kira bandar dan luar bandar.

"Kita akan mentransformasi negeri ini dengan membina perhubungan jalan raya dan jambatan di kawasan luar bandar serta mentransformi ekonomi negeri ini termasuk pertanian dengan menggunakan kaedah moden," katanya pada pelancaran majlis sambutan ambang tahun baharu di Tebingan Kuching, malam tadi.


Beliau berkata, Sarawak telah diberikan pengiktirafan ‘A-’ oleh agensi antarabangsa atas dasar kewangan negeri ini kukuh dalam tahun 2019.

“Ini bukan saya yang kata, ini agensi antarabangsa. Jika saya yang kata ibarat mengangkat bakul sendiri. Tetapi ini adalah agensi luar yang sahkan bahawa kedudukan kewangan kita begitu kukuh sekali,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau menjangkakan bahawa keadaan negeri Sarawak akan lebih baik menjelang tahun 2020.

LihatTutupKomentar
Cancel