4.17 juta lawat Sarawak

KUCHING: Sarawak menerima 4.17 juta pelawat sehingga November tahun lalu yang menunjukkan peningkatan sebanyak 5.22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelawat domestik dari Semenanjung Malaysia dan Sabah menyumbang kepada peningkatan terbabit yang bersempena dengan Tahun Melawat Sarawak 2019.


Beliau berkata demikian pada majlis Fiesta Ambang 2020 di Tebingan Sungai Kuching yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, malam tadi.

Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, dalam menarik para pelancong ke Kuching, beberapa perubahan akan dilakukan iaitu penyelenggaraan Tebingan Sungai Kuching di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Beliau berkata, pelbagai tempat menarik di Tebingan Sungai Kuching yang harus dilawati seperti Jambatan Darul Hana, Masjid India Terapung dan air pancut berirama.

LihatTutupKomentar
Cancel