Sorok 640 jongkong emas dalam kotak kayu
DHAKA: Kastam Bangladesh menemui 640 jongkong emas yang disembunyikan dalam kotak kayu di ruang karg=o Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal kelmarin.
Rampasan terbesar di lapangan terbang terbesar di bandar Kurmitola melibatkan jong kong emas seberat 64 kilogram.
Jongkong emas terbabit dianggarkan bernilai 32 juta Taka (kira-kira RM1.5 juta) dan disembunyikan dalam sebuah kotak kayu di ruang kargo import, Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal.
Penemuan jongkong emas itu terbongkar selepas pegawai kastam melakukan pemeriksaan sejurus menerima maklumat berhubung pengisytiharan palsu.
Laporan Dhaka Tribune yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam, Sulaiman Saif menyebut, ia adalah rampasan emas terbesar tahun ini.