S’wak belanja RM4.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur
KUCHING: Sejumlah RM4.5 bilion diperuntuk untuk membangunkan infrastruktur di kawasan pedalaman termasuk lapangan terbang kecil.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata berkata, Sarawak perlu melabur dalam meningkatkan infrastruktur untuk memanfaatkan rajkyat seperti projek rangkaian jalan raya.
”Tanpa infrastruktur jalan raya yang baik, kita tidak boleh mengharapkan pergerakan dengan mudah dari satu tempat ke tempat lain.
“Projek jambatan besar telah dilancarkan tahun ini merentasi sungai-sungai utama untuk menyambung rangkaian sistem perhubungan.
”Apabila semua jambatan ini siap perjalanan dari Sematan ke Miri, Limbang dan Lawas akan menjadi lebih mudah.
”Sambungan yang baik adalah prasyarat kepada ekonomi yang kukuh,” katanya katanya dalam perutusan Hari Krismas esok dan Tahun Baharu 2020.
Beliau berkata, program transformasi pertanian bergantung pada infrastruktur yang baik terutamanya di kawasan pedalaman Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Wilayah atau RECODA dan bahagian Utara Negeri.
”Untuk lebih difokuskan pada pendekatan dan pengurusan yang mudah, kawasan pedalaman ini telah dibahagikan kepada tiga kawasan pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Atas Rejang (URDA), Agensi Pembangunan Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara NRDA),” katanya.
Beliau berkata, Sarawak mempunyai serta rancangan yang tersusun untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan secara optimum dan berkekalan untuk membina ekonomi.
Kami mempunyai minyak dan gas, tanah dan air dan hutan, dan ditambah dengan modal insan dan rancangan yang dipikirkan dengan baik, kita mempunyai semua yang diperlukan untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2030,” katanya.