Sarawak tidak terkecuali Ops Catut 6.0
KUCHING: Sarawak tidak lari daripada pelaksanaan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) 6.0 (PSP) walaupun tidak terlibat dengan Program Subsidi Petrol (PSP).
Ops Catut melibatkan enam kategori barangan iaitu barangan makanan dan minuman, barangan isi rumah, tekstil, perabot, kasut dan barangan elektrik.
Tempoh pelaksanaan Ops Catut 6.0 (PSP) adalah selama tujuh (7) bulan bermula dari 1 Disember 2019 hingga 30 Jun 2020 yang dijalankan secara berfasa.
Ops Catut iaitu dari 1 hingga 31 Disember 2019 melibatkan serahan Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan di bawah Seksyen 21(2) AKHAP 2011 kepada peniaga mengikut rantaian dan kategori barangan bagi mendapatkan maklumat mengenai harga, kos dan peratusan mark up atau margin.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Mohd Hanizam Kechik berkata, penguatkuasaan Ops Catut merangkumi pengilang, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit dengan memberi tumpuan kepada tindakan terhadap ketidakpatuhan ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian ke atas rantaian pembekalan dan pengedaran barangan.
Menurutnya, penguatkuasaan Ops Catut 6.0 dilaksanakan semua peringkat perniagaanm seluruh negara.