Tiada masalah Ahli Parlimen bertanding

KUCHING: Tiada kesalahan buat Ahli Parlimen GPS bertanding di kerusi Dun jika rakyat inginkan mereka. 

Naib Presiden PBB, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun katanya, tiada kesalahan buat Ahli Parlimen GPS bertanding di kerusi dun jika rakyat inginkan mereka. 

Katanya, Ahli Parlimen tidak seharusnya bertanding pada PRN akan datang kerana ia akan membebankan mereka dengan pelbagai tanggungjawab. 

"Mereka tidak seharusnya memegang dua kerusi dan hanya fokus kepada satu kerusi sahaja, mungkin mereka merasakan adalah lebih baik berkhidmat dalam negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Serian Durian Ride, di Tasik Danu semalam. 

Difahamkan, beberapa Ahli Parlimen GPS dilaporkan berminat untuk bertanding di kerusi Dun pada PRN akan datang.
LihatTutupKomentar
Cancel