Lima juta pelancong 2020

SERIAN: Walaupun tidak menepati sasaran kehadiran lima juta pelancong untuk tahun 2019, Sarawak tetap meletakkan sasaran itu untuk tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan KebudayaanDatuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara strategi tahun 2020 ialah menganjurkan banyak acara pelancongan yang difikirkan mampu meningkatkan jumlah pelancong ke Sarawak.

“Walaupun kita tidak dapat mencapai sasaran lima juta pelawat tahun ini, namun kita akan berusaha untuk mencapainya pada tahun hadapan,” kepada pihak media ketika program Serian Durian Ride, di Tasik Danu semalam. 

Serian Durian Ride di sini, semalam.Beliau berkata, Sarawak memperkenalkan pelbagai acara baharu pada tahun ini bagi menarik kehadiran pelancong di negeri ini. 


"Tahun lalu, kita mencatatkan seramai 4.3 juta pelancong yang datang ke Sarawak dan jumlah pelancong yang datang ke Sarawak meningkat pada tahun ini.

"Pelancong yang datang ke Sarawak terdiri dari negara Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan China," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel